DESTINASI PILIHAN BERBULAN MADU DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua. Min ada cerita sikit ni, siang tadi adalah kawan Min tiba tiba masuk whatsapp group, katanya nak minta pendapat tentang destinasi untuk honeymoon. Min pun apa lagi, sebagai seorang yang gemar berjalan, Min suggest la beberapa tempat honeymoon yang Min memang teringinnn sangat nak pergi!

Tapi, bila fikir-fikir balik, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, apa kata kita h0neymoon dalam negara sendiri dulu? Banyak kot tempat menarik, air laut yang membiru, jernih, cantik, gunung-ganang yang kehijauan. Jimat pun jimat. Ye tak? Jadi Min pun mula lah meng-google tempat-tempat menarik di Malaysia. Nak tau tak, banyak rupanya tempat yang lawa! Memang sesuai sangatlah kalau nak honeymoon! Jom kita usha.

1. PULAU REDANG: Sejuknya mata memandanggg. So beautiful! Air laut macamni lah yang kita nak. Jernih, kebiruan, tenang je. Nak menyelam pun seronok je rasa. Siapa yang memang sukakan aktiviti diving tu, inilah tempatnya! Pulau Redang juga terkenal dengan spesies batu karang tertua di dunia. Memang sesuai sangat lah untuk honeymoon, nak romantik-romantik, I tenung you, you tenung I. Eh? Hihi.

Sumber foto: http://www.malaysia.travel/en/es/places/states-of-malaysia/terengganu/pulau-redang
2. CAMERON HIGHLANDS: Teh dan buah strawberi! Itu dua perkara yang Min fikir bila sebut je pasal Cameron Highlands. Tak perlu ke luar negara, di Malaysia pun ada tempat peranginan dengan cuaca yang sejukkk. Besttt. Bagi anda yang mencari tempat honeymoon yang privasi, boleh santai-santai, cuaca yang selesa, dan aktiviti menarik, ini tempat yang sesuai untuk anda dan pasangan. Selain terkenal dengan teh dan strawberi, di Cameron Highlands juga anda boleh lakukan aktiviti “trekking” ke Gunung Brinchang, iaitu puncak tertinggi di Cameron Highlands. Penat memang penat, tapi bila nampak pemandangan dia, hilang penat! Have fun!

Sumber foto: https://www.tripsavvy.com/trekking-in-the-cameron-highlands-1629533
3. PULAU PINANG: Kalau anda dan pasangan suka makan, of course kena pergi “Syurga Makanan!”. Mana lagi kalau bukan Pulau Pinang? Min kalau ke sana, memang makan jelah. Kalau seminggu, seminggu lah pagi petang siang malam Min makan. Roti Canai Transfer Road, Kapitan, Cendol, Nasi Kandaq. Aduhh. Terliur dah. Haha. Selain tu, Pulau Pinang juga ada pantai yang cantik, tempat-tempat bersejarah, aktiviti menaiki beca dan shopping! (P/S: Goodluck kepada para suami). Hahaha. Pulau Pinang juga tersenarai antara salah satu destinasi menarik untuk honeymoon! Tunggu apa lagi?

Sumber foto: https://deenamik.com/blog/2018/06/bercuti-di-negeri-pulau-pinang/

Akhir kata, honeymoon ni bukan je untuk kita duduk saja, tapi ini fasa untuk mengenali dan meluangkan masa bersama pasangan anda. Tak salah kalau anda nak cuba aktiviti lain pula. Kalau dulu bercinta mungkin selalu tengok wayang atau makan makan je kan, jadi apa kata untuk honeymoon, anda buat aktiviti kegemaran yang lain. Mesti seronok bila boleh cuba benda baru kan? Untuk pasangan yang dah lama berkahwin pun, rancang la honeymoon untuk anda dan pasangan. Kita refresh semula hubungan suami isteri. Gituuu. Apa-apa pun, selamat bercuti!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *