Assalamualaikum, salam Jumaat semuanya. Mungkin ada yang baru nak lunch lepas habis solat Jumaat, atau kakak-kakak di rumah yang tengah sibuk fikir nak masak apa untuk suami malam ni, haaa boleh baca sampai habis post kita ni.
Hari Jumaat ni alangkah baiknya jika kita dapat kongsikan beberapa adab, terutamanya apabila memasak. Selalunya kita main tabur je dalam kuali kan, kalini apa kata kita amalkan beberapa potong doa supaya masakan yang kita hidangkan pada keluarga lebih berkat? (:


3. SELAWAT DAN ZIKRULLAH: Rajinlah kita menyebut nama Allah dan mengingati-Nya, nescaya akan diturunkan kebaikan buat kita. Nak memasak pun hati kena bersih, ikhlas, baru lah sedap, kan?
Selamat memasak semua. Tak kisah lah nak masak apa, untuk siapa, yang penting masakan kita halal dan berkat. Betul tak? Kalau ada resipi best-best tu, meh la share dengan Min. Min dah buntu ni :p
Sumber foto: imuslimshop.com