3 MAKANAN SUNNAH IBU HAMIL

Hi semua (: Hari ni, Min terasa nak share pemakanan sunnah untuk ibu mengandung lah. Bukan apa, scroll Facebook tengok ramai pulak kawan-kawan Min yang tengah pregnant. Kemain meriah. Hihi. So Min rasa, Min nak share sikit apa makanan yang elok untuk anak dalam kandungan.

1. KURMA: Semua tau kurma memang makanan sunnah terbaik yang kita boleh amalkan. Kurma ni elok untuk kita kerana ia mengandungi gula semulajadi, potassium dan kandung sodium yang rendah. Min kalau dapat kurma dan susu je pun dah boleh kenyang. Hihi.
2. BUAH TIN: Sedapnya! Buah Tin ni kalau anda nak tahu, ia memang kaya dengan serat dan boleh membantu mengawal diabetes. Nak-nak pula tengah mengandung semua benda nak makan kan, jadi boleh la kita amalkan buah Tin ni untuk membantu menyeimbangi kesihatan tubuh badan kita.

P/S: Kisah buah Tin ada disebut dalam Al-Quran (:
3. BUAH DELIMA: Yang kita sekarang kita tengok dah banyak kedai yang jual jus delima kan? Tapi sedap kalau kita makan buahnya. Lagi-lagi bila dapat yang rangup. Fuh bunyi krup krap krup krap. Hehe. Min ingat lagi, dulu kalau ibu Min mengandungkan adik-adik, ibu memang taknak kongsi buah ni dengan Min! Kedekut! Haha. Katanya, dalam sebiji buah delima, ada satu biji (kecil) yang sangat-sangat berkhasiat. Tak tahu lah betul ke tak. Hehe. Yang penting, buah delima memang mengandungi banyak khasiat, contohnya boleh membantu melambatkan penyakit Alzheimer, mengurangkan tekanan darah tinggi, mencantikkan kulit, dan dapat melindungi otak bayi semasa berada dalam kandungan.

Haa so itulah dia 3 makanan sunnah yang Min boleh share dengan korang. Mana lah tahu dengan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang sedang hamil untuk berikan yang terbaik untuk anak dalam kandungan kan. Yang tak hamil pun digalakkan untuk amalkan pemakanan sunnah. Tak salah kita nak beri yang terbaik untuk diri kita kan. Tapi, nak makan apa pun kita kena sentiasa bersederhana. Jumpa lagi!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *